hahaha My Sejarah Kursus(Photocopy n Back up)

Sejarah  Sekolah  :))
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya berada di tengah-tengah kawasan perumahan Taman Daya. Keluasan kawasan sekolah ini ialah 12.054 ekar. Jarak antara sekolah ini dengan Bandaraya Johor Bahru ialah kira-kira 19 kilometer.
Sekolah ini mula dibuka secara rasmi pada 4 Disember 1995. Pada awal pembukaannya, sekolah ini hanya menampung murid-murid yang sebelum itu belajar di Sek.Men.Keb Taman Johor Jaya(1) dan (2), Sek.Men.Keb Dato’Jaafar, Sek.Men.Keb Majidee Baru dan Sek.Men.Keb Sri Tebrau yang tinggal di sekitar Taman Daya, Kangkar Tebrau dan Pandan. Bilangan tenaga pengajar pada masa itu hanyalah 18orang sahaja. Pengagihan murid-murid bermula dengan 3 buah kelas peralihan, 8 buah kelas tingkatan satu dan 7 buah kelas tingkatan dua.
Sekolah ini mempunyai dua buah blok empat tingkat iaitu Blok A dan Blok B, dua buah bangunan dua tingkat iaitu Blok C untuk makmal-makmal Sains dan Blok D untuk bengkel-bengkel Kemahiran Hidup, Membaikpulih Peralatan Elektrik Domestik serta Rekaan dan Jahitan Pakaian. Sekolah ini turut dilengkapi dewan solat, astaka, kantin, tempat meletak kereta, tempat meletak basikal dan laluan gajah menyusu. Antara kemudahan lain adalah seperti pondok bacaan, bilik bestari, taman sains, laluan jalan kaki dan sebagainya. Sekolah ini baru dilengkapi dengan makmal komputer yang merupakan bangunan blok dua tingkat yang berantara dengan surau dan astaka.
Selama 15 tahun sekolah ini beroperasi sehingga tahun 2010. Banyak perubahan besar yang dialami oleh warga SMK TD. Sekolah ini telah dipimpin oleh 6 orang pengetua yang berdedikasi dan berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai segi. Pada mulanya, sekolah ini adalah sekolah harian biasa dan dinaiktaraf menjadi sekolah bestari.
Pelbagai prasarana sekolah telah dibangunkan sejak dua tahun kebelakangan ini termasuklah beberapa bilik khas untuk tujuan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Pada tahun 2004, sekolah ini telah mendapat kepercayaan oleh pihak kementerian pendidikan untuk mengendalikan tingkatan 6. Aliran yang diambil oleh pelajar tingkatan 6 ialah aliran sains dan sastera. Selepas 4 tahun tingkatan 6 diadakan, kira-kira 60 orang telah menjejakkan kaki ke menara gading. Pihak sekolah berharap agar mereka akan menjadi tenaga pengajar SMKTD pada suatu hari nanti.
Pada tahun 2008, sekolah ini telah mendapat kepercayaan dan amanah dari pihak kementerian untuk mengendalikan Kelas Rancangan Khas(KRK). KRK diadakan untuk pelajar cemerlang dalam UPSR akan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 KRK. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2010 Kelas Kawalan Daerah telah diperkenalkan di SMKTD dengan peruntukan dua kelas Tingkatan 1 yang terdiri daripada kumpulan pelajar cemerlang UPSR dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di sekitar daerah Pasir Gudang.

评论

热门博文