Cabaran Dato Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei untuk memburu kejuaraan badminton Terbuka Malaysia ketujuh minggu depan penuh ranjau. Pertama, dia bakal kembali ditentang musuh ketatnya, Lin Dan yang membuat penampilan sulung selepas tiga tahun menyepi. Kedua, jaguh No. 1 dunia itu akan turun tanpa kelibat jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek.

Kemunculan semula Lin Dan, yang kali terakhir membuat penampilan di Terbuka Malaysia pada 2007 bakal menyulitkan lagi usaha Chong Wei untuk mempertahankan kejuaraan. Malah jika tidak berhati-hati, jaguh negara itu juga mungkin gagal melayakkan diri ke final kerana dia berpotensi bertemu pemain China itu di separuh akhir.

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu di Bukit Jalil adalah pada separuh akhir Piala Thomas tahun lalu, yang menyaksikan Lin Dan mengaibkan Chong Wei dengan kekalahan mudah 21-17, 21-8. Begitupun, kekebalan Chong Wei di Terbuka Malaysia tidak boleh disangkal.

评论

热门博文